Judul : TAKSUB
link : TAKSUB
TAKSUB
Assalamualaikum..Kali ni pokcik buka bab TAKSUB. Ini merupakan sinambungan pembuka bicara tajuk sebelum ini tetapi lebih diperincikan. Taksub ni penyakit hati gamaknya.
Taksub kat perawat.
Taksub kat barang mistik.
Taksub kat pesona mistik.
Taksub yang melampau pada seseorang perawat sering mengundang padah. Pokcik buka bab ni apabila mendengar aduan seorang sahabat perihal adik iparnya yang terlalu taksub pada seorang bomoh. Sampaikan barang yang diberikannya pada anak adik iparnya tu dipulangkan kerana dikatakan berhantu.
Kalau kata batu kristal yang dibeli di Jepun dikatakan berhantu tu pokcik boleh terima lagi sungguhpun pokcik tengok kristal dan gelang batu mahal tu kosong je. Pedang mainan ultraman pun dikatakan berhantu. Parah.. Kesemua barangan tu dipulangkan kepada mereka suami isteri kerana terlalu taksub dengan bomoh berkenaan.
Boleh kata anak demam, ayahnya demam pun dihantar kat bomoh tu biarpun penyakit fizikal. Ketaksuban tu pernah ditegur oleh sahabat pokcik ni sehinggalah bermasam muka dengan adik iparnya itu. Nak dijadikan cerita, teguran dia tu membawa kepada penemuan penyakit anak saudaranya itu apabila dibawa anak itu ke hospital.
Kalau ikut kata bomoh tu sebelum tu dikerkah hantu laa, pocong dok kepit ngan kaki laa, toyol dok sondol kepala botaknya laa, jin Ahmad Albab marah sebab tak nak menari dengan anaknya laa dan sebagainya. Contoh tu pokcik mohong je, tapi itulah hakikatnya.
Penggemar barang mistik juga taksub. Memang kita akui batu atau permata ada keindahannya yang tersendiri. Namun ketaksuban penggemar batu permata ni berlaku apabila dimomokkan dengan punca batu tu diperoleh. Tambahan pula apabila dikatakan batu tu diperoleh daripada pemberian alam sebelah. Lagi laa ramai dok tunggu nak beli. Kena pulak diberi nama yang hebat-hebat. Ketar kepala nak beli biarpun batu tu batu sungai je.
Pernah sahabat jumpa seketul batu di tepi pasu rumahnya. Apabila ditunjukkan dan diberikan kepada penjual batu ni maka dia pun berminat nak beli dengan harga puluhan ringgit je. Dah masuk dalam blog jualannya maka terciptalah sebuah cerita yang hebat.
Batu perolehan daripada putera, raja, puteri sekian-sekian. Nama batu tepi pasu dah jadi Geliga Raja Perkasa anak Penguasa itu ini, adinda itu ini dan sebagainya.. Orang yang taksub gerenti beli dan dengan bangga dok cerita perihal geliga dia kononnya.. Kasihan juga.. Nak buat macam mana. Dah TAKSUB..
Orang kita ni suka akan sesuatu yang pelik dan misteri. Kesempatan ni akan diambil oleh orang yang tak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan. Bagaimana nak meyakinkan orang? Dari segi penampilan diri yang ditunjukkan. Menyebut nama Allah, in shaa Allah dan sebagainya. Kemurkaan Allah memang tak pernah difikirkan. Janji, wang masyukk, ada pengaruh dan sebagainya.
Ada.sesiapa yang nak kongsikan perihal taksub ni silakan. Manalah tahu ada kawan ke, saudara ke, jiran ke dan sebagainya yang terlalu taksub sehingga kesemua yang berlaku dikatakan berpunca daripada jin. Ketaksuban kepada bomoh hingga bergaduh adik beradik dan sebagainya. Maiii laa kongsikan bersama agar kita dapat sama-sama mengambil ikhtibar dan manfaat daripada kisah yang kita kongsikan bersama. Silakan.. Wallahua'lam. Salam hormat.
Demikianlah Artikel TAKSUB
Sekianlah artikel TAKSUB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.