Judul : KERIS
link : KERIS
KERIS
Assalamualaikum.Apa khabar semua?. Baik, kali ni nak ceritakan perihal sihir dan masalah fizikal. Maksudnya ada dua cerita tapi pokcik try mohong-mohong kaedah yang sama. Hihihi. Suatu hari pokcik mendapat panggilan telefon daripada seorang hamba Allah.
Katanya orang rumahnya tiba-tiba tak boleh nak berjalan setelah balik dari tempat kerja. Setahu pokcik tempat kerjanya tu memang keras. Bukan sebab banyak batu bata. Angker laa orang kata. Banyak hantu laa senang cerita. Hihihi. Pokcik piii ke rumahnya. Kali ni pokcik bawak sebilah keris. Tudia satgi kata pokcik main khadam pulak dah. Kakakkakkaka.
Ikut suka laa nak cakap apa pun sebab pokcik tak boleh nak tutup mulut orang. Hihihi. Sesampai di sana orang rumahnya duduk dalam bilik. Pokcik minta suaminya memimpin dia keluar bilik. Dia pun keluar. Bukan sahaja kakinya yang sakit dan bengkak akan tetapi kat kelopak matanya sudah dinaiki seakan-akan puru. Tudia aih.
Pokcik minta dia hukurkan kaki. Tanpa berlengah lagi pokcik hukurkan hujung keris sambil membacakan ruqyah. Tudia dia terus tarik kakinya. Hihihi. Awat pulak. Kebas katanya. Hilang habis kaki sebelah. Lepas kebas terus tak rasa sebelah kakinya. Pokcik simpan keris dan buat seperti biasa. Setelah ruqyah pokcik ambik dan mohon ngan Allah tarik habis gangguan. Setelah selesai pokcik gunakan keris semula.
Alhamdulillah kali ni dia dah tak tarik kakinya. Jadi senanglah pokcik doakan agar segala sakit fizikalnya ditarik ke dalam keris itu. Sebenarnya bukan saja keris boleh nak usahakan buang apa sahaja. Pernah satu hari rakan perawat menelefon pokcik masa pokcik nak keluar makan. Haih nak simpan mana benda tu. Jadi pokcik usahakan dan tarik gangguan tu dan letakkan di bawah selipar. Huhuhu.
Apa pun Alhamdulillah selesai. Tapi pokcik tak dak laa zalim sangat. Tak pernah lagi pokcik letak jin kat bawah selipar jamban. Hina rasanya dan taubat dah dia tak zalimi orang lagi gamaknya. Baik alhamdulillah selesailah kerja malam tu. Esoknya apabila pokcik telefon hamba Allah ni bagitau puru tu dah luruh pagi tu. Alhamdulillah. Masa pokcik call depa tengah shopping di Giant. Bukan main lagi. Huhu.
Sebut bab keris ni teringat pulak sahabat yang datang ke rumah pokcik pada suatu hari. Ada sedikit masalah gangguan tapi selebihnya masalah angin. Hihi. Sahabat dalam group ni laa. Tunggu kalau dia respons nanti. Hihihi.
Nak dijadikan cerita selepas pokcik ruqyah dia pokcik pun cuba gunakan keris untuk ditarik anginnya ke situ.
Hihihi tak lama perutnya mula meragam. Kentut laa tu. Kakakakaakka. Tapi kentut di luar rumah pokcik laa. Sat-sat keluar rumah. Sat pi dapur. Pokcik faham laa. Perempuan takkan nak prooottt selamba je depan pokcik. Kalau wak lie tak tau laa. Kakakkakakkakkaka. Sesekali suka juga tarik penyakit atau gangguan masuk ke keris atau bahan lain.
Tak kira laa botol atau sebagainya. Kalau jadi alhamdulillah. Kalau tak jadi, jadi jugak. Tapi jadi syok sendiri. Hihihi. Gurau-gurau naa sambil pokcik rehatkan badan. Maaf andai ada tersalah bahasa dan kurang enak tutur kata. Sesungguhnya pokcik hanya insan biasa yang tak lari daripada kesilapan dan kekhilafan. Maaf sekali lagi. Moga berjumpa lagi pada lain masa. Wallahua'lam. Salam hormat.
Demikianlah Artikel KERIS
Sekianlah artikel KERIS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.