Judul : PANJI SEMERANG
link : PANJI SEMERANG
PANJI SEMERANG
Assalamualaikum.Malam ni topik santai sahaja. Pokcik pernah mendapat panggilan dari seorang perawat di Terengganu lebih kurang pada pukul 12.30 malam. Katanya dah dua hari seorang budak sekolah dirasuk. Tudia aih merasuk sampai dua hari. Depa dok bertungkus lumus lagi masa dia mesej pokcik tu. Apa pun, alhamdulillah Allah permudahkan urusan pada hari tersebut. Tak lama kemudian, sahabat perawat mesej kembali dan memberitahu bahawa budak perempuan itu telah pun sedar.
Persoalannya masa merasuk tu depa dok mana? Dalam darah kaa, dok kontrol dari jauh kaa, atau macam ahli silap mata dok kawal minda dari jauh sampai jadi sampaiii lagu tu.. Kaa dok dlm otak. Hihihi.
Kalau histeria contohnya, depa melompat-lompat kaa memang depa ni banyak? Sebabnya kalau melompat piii kat orang lain, awat yang ditinggalkan tadi masih tak sedarkan diri. Teringat pulak pokcik perihal kejadian bulan September tahun lepas. Ketika itu pokcik berada di Hotel Summit Petaling Jaya. Sifu pokcik menelefon mengajak pokcik ke sebuah rumah berhampiran Chow Kit. Ada kes katanya.
Seperti dijanjikan, sifu pokcik maii ambik pokcik di hotel. Bertolaklah kami ke rumah yang disebutkan itu. Dua orang rakan seperguruan juga menuju ke sana. Maksudnya kami ke sana berempat tetapi menaiki dua buah kereta yang berbeza. Ketika itu pokcik tidak begitu sihat tetapi masih berminat untuk mengetahui kes apa yang sedang menunggu.
Sesampainya di sana, kami ditunggu oleh seorang perempuan. Dia mengajak kami ke rumahnya. Kami dihidangkan dengan minuman. Tak lama kemudian dua orang lagi sahabat sampai. Alhamdulillah. Kerja boleh dimulakan kerana ketika itu pokcik tidak begitu sihat. Depa memulakan langkah.
Hamba Allah itu mula tidak sedarkan diri. Satu persatu jin masuk. Jin dari kuil berhampiran pun masuk. Entah berapa ekor malam tu tak terbilang banyaknya. Berpeluh-peluh mereka bertiga. Gamaknya, lepas hantu kuil, hantu beruk masuk, pontianak masuk, dan sebagainya. Bergilir-gilir keluar masuk. Jenuh depa kepung. Pokcik kesian jugak kat depa tapi memandangkan keadaan pokcik yang tidak begitu mengizinkan maka pokcik hanya mampu tengok dan berdoa sahaja.
Akhir sekali dapatlah sampai kepada kingnya. Dia perkenalkan diri sebagai Panglima Panji Semerang. Cakap pun macam orang Indonesia dan orang dulu-dulu. Kali ni tangannya mula bergerak ke kiri kanan seperti mengatur bunga silat. Lama jugaklah proses malam tu. Pokcik sampai ke hotel pun gamaknya dalam pukul 1 pagi.
Rupanya Panji Semerang tadi jenis arahkan saja. Dia seperti memegang remote control. Yang dok kena belasah tu hanya jin suruhannya. Ada jugak no jenis macam tu.Huhuhu. Mungkinkah kes rasuk dua hari di Terengganu ni sama seperti kes di Chow Kit tadi? Kalau betul sama, memanglah berpeluh perawat di situ usahakan sebab pengarah urusannya tak berada di situ. Yang kena hanya anak buah. Bos dok lepak sambil dok gelak melihat perawat bertungkus lumus. Apa pun tahniah dan syabas kepada para perawat yang gigih membantu tanpa mengira masa. Moga Allah memberikan ganjaran yang baik. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.
Demikianlah Artikel PANJI SEMERANG
Sekianlah artikel PANJI SEMERANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.