JIN MENGGANGGU JEMAAH MASJID

JIN MENGGANGGU JEMAAH MASJID - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang KISAH DUNIA MISTERI ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang JIN MENGGANGGU JEMAAH MASJID, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel alam ghoib, Artikel Mistis, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JIN MENGGANGGU JEMAAH MASJID
link : JIN MENGGANGGU JEMAAH MASJID

Baca juga


JIN MENGGANGGU JEMAAH MASJID

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dipanjangkan umur sehari lagi dan dapatlah pokcik berkongsi satu lagi pengalaman. Kali ini perihal sebuah masjid di Bentong Pahang yang ada masalah gangguan jin. Alkisah, pada suatu hari pokcik dihubungi oleh salah seorang jemaah masjid di sana. Katanya masjid ditempatnya bermasalah kerana jemaah di situ sering diganggu apabila melakukan solat.

Kata hamba Allah ini lagi jin-jin itu akan duduk di tengkuk dan belakang orang yang bersolat sehingga menyukarkan mereka untuk bangun semula. Bagi pokcik ini perbuatan yang melampau kerana masjid merupakan rumah Allah. Perbuatan ini tidak boleh dimaafkan. Kata hamba Allah ini, dia pun sakit terutama pada bahagian tapak kaki. Kakinya akan mula terasa bisa apabila menjelang waktu Asar.

Namun begitu, pokcik memberitahunya pokcik akan usahakan masjid itu terlebih dahulu. Seperti dijanjikan, dia menghantar gambar masjid dan kawasan persekitarannya. Apabila pokcik melihat, memang terasa getaran yang kuat di masjid itu. Kelihatan gambaran pontianak di sebatang pokok di luar masjid tersebut. Perkara itu pokcik nyatakan kepadanya. Ternyata ada orang pernah diganggu oleh pontianak pokok tersebut. Berani betul dia bersarang di situ. Mungkin ketika azan berkumandang dia lari dahulu dan kemudian balik semula ke situ. Wallahua'lam.

Setelah berzikir sekejap pokcik mula menumpukan perhatian di situ. Tanpa melengahkan masa pokcik terus memohon kepada Allah agar memudahkan urusan tersebut. Pokcik ikhtiar mengambil dari jauh pontianak itu. Setelah itu pokcik ikhtiar memagar masjid itu pula. Bukan apa, kali ini pokcik akan ikhtiar untuk mengambil jin-jin yang mengganggu jemaah di situ. Pagar dibina terlebih dahuu agar jin tersebut tidak dapat melepaskan diri. Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan. Pokcik meminta hamba Allah itu menunggu beberapa hari dan melaporkan sekiranya masih berlaku jemaah diganggu ketika solat.

Alhamdulillah, tiada lagi berlaku gangguan selepas itu. Setelah itu barulah pokcik usahakan hamba Allah ini. Ikhtiar pertama berjaya bertahan selama beberapa hari sahaja. Dia beritahu pokcik kakinya kembali sakit beberapa hari kemudian. Pokcik bertanya dengan lebih mendalam kali ini. Dia mula menceritakan tentang masalah dia dan ibunya yang tidak bertegur sapa. Astaghfirullahal adzim.Pokcik memberitahunya pokcik akan usahakan sekiranya dia menjernihkan kembali hubungannya dengan ibunya itu. Dia berjanji.

Apabila dia sudah berjanji maka pokcik usahakan untuk membuang bisa di kakinya itu. Alhamdulillah Allah permudahkan. Menunjukkan Allah masih sayang kepadanya. Perihal masjid itu sebenarnya ada kisah disebaliknya yang boleh dijadikan ikhtibar. Sebenarnya masjid ialah rumah Allah.. Apabila berlaku perebutan kuasa dan sebagainya di dalamnya maka datanglah teguran dari Allah. Teguran pelbagai bentuk yg Allah nak sampaikan. Antaranya masalah jin-jin yang mengganggu ketenteraman jemaah yg bersolat di situ..



Kita juga boleh ambil ikhtibar, begitu juga dengan rumah kita. Kita yg menghuni di dalamlah yg perlu menjaganya. Solat, menjaga hubungan sesama ahli keluarga dan sama-sama menjaga kedamaian di dalamnya.. Apa pun dalam kes ni alhamdulillah Allah permudahkan dan berlaku perubahan AJK masjid. Semoga pucuk pimpinan masjid yg baru berjaya mengimarahkan masjid dan sentiasa menjadikan perkarangan masjid seperti di taman-taman syurga.. Ibu juga merupakan orang yang paling kita hormati. Biarpun apa kesalahan mereka, apa perbuatan mereka, biarlah Allah yang mengadilinya. Sebagai anak, kita perlu mendoakan kebaikan buat  mereka. Moga Allah menghapuskan dosa-dosa mereka dan memasukkan mereka ke syurgaNya. Aamiin


Demikianlah Artikel JIN MENGGANGGU JEMAAH MASJID

Sekianlah artikel JIN MENGGANGGU JEMAAH MASJID kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: